Friday, June 3, 2016

Kiriman Tuhan ; Takdir bukan kebetulan yang disengajakan




Sebenarnya apa yang Tuhan dah bagi sekarang sudah cukup. Tetapi kita masih meminta dan berharap untuk lebih lagi. Untuk sekecil-kecil perkara yang kadang kita tak nampak, sebenarnya pelengkap kepada lompong-lompong yang membuat kita kecewa kerana ia masih tak lengkap.

Lalu, kita tetap tidak bersyukur dan masih berharap agar lompong itu sempurna tidak cacat.
Aku menulis bukan menuding ke sesiapa, aku menulis ini untuk dituju tepat kepada diri aku sendiri.

Aku mahu ucap terima kasih kepada Tuhan, kerana tanpa aku sedar sekecil-kecil perkara yang jadi di dalam hidup aku sekarang mahupun sebelumnya merupakan takdir yang terpaling manis. walaupun ada di satu waktu itu aku menangis kerana terlalu kecewa. Bukan kerana aku tidak Redha dengan percaturan Tuhan, tetapi aku marah dan kecewa dengan diri sendiri yang selalu mengulang silap yang sama.

Mana mahu aku pegang, janji tidak akan berulang ?

Entahlah. Hidup ini bukan kebetulan yang tiba-tiba jadi tanpa sebab. Hidup ini takdir yang Tuhan dah ukir dan atur molek-molek. 

Aku percaya, akan ada hikmah dan sinar yang Tuhan nak bagi nanti.
Untuk waktu sekarang, aku harap Tuhan peluk dan dakap erat-erat orang yang aku sayang.




Buat orang yang aku sayang, kamu tahu siapa kamu.
Kerana sayang tidak perlu di ucap, sekali pandang kamu sudah tahu jawapannya.

Cinta tu lain. kena buka kitab lain bro.
Lain kali kita cerita.

Ini pesan aku pada Juna. Jangan tuai luka. Tapi berilah bahagia pada Juli nanti. HAHA

3 comments:

  1. nice entry :)
    hmm~ rasanya apa yg nak diungkapkan dah tertulis di sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. :') Terima kasih dear :') kalau menulis ikut hati, sampailah ke hati.

      Delete
  2. tapi kan, Allah dah berfirman kan. minta lah kat Allah, maka Allah akan perkenankan. sesungguhnya Allah benci org yg smbong.

    ReplyDelete

komen yang indah-indah sahaja :)