Sunday, May 1, 2011

aku fikir guna akal,guna otak.

aku lemah. aku layu. aku dingin. aku sentap. aku redha dan akhirnya aku pasrah.
ini hanya monolog. antara aku,dengan kotak fikiranku.
akal dan otak.

..............................
..............................

seharian aku termenung. bukan termenung ape. termenung sebab mengenangkan nasib diri sendiri yang kadang kadang lemah longlai tapi sesekali tu tegak berdiri bak tiang lampu. sungguh aku cepat lemah. tapi kadangkala aku kuat. dan hampir setiap kali aku rebah! rebah kerana aku lemah. lemah kerana aku sendiri tidak mampu menahan segala keperitan dan kesusahan yang datang melanda dikotak fikiranku yang kadang kadang beku kadang kadang lesu.

kesusahan?

bukan kesusahan ape pun. kesusahan dan keperitan dari dalam akal fikiran. kadang kadang fikiran ku kelam. gelap. malap dek kerana terlalu memikirkan sesuatu yang sangat menyiksakan akal fikiran ku. fikirkan kehidupan yang agak suram. ketenangan yang masih belum aku temui. bukan apa. sesekali aku teringin untuk berjalan jalan sendiri. mencari ketenangan hakiki. 

ketenangan?

ye. itu yang aku cari. semua orang mahukan ketenagan bukan kelesuan mengadap kehidupan seharian tanpa ketenangan. bolehkah ? manusia memerlukan satu ruang untuk melepaskan segala kekusutan. dan salah satu manusia itu adalah aku dan aku juga mencari ruang dan ruang itulah yang aku cari. ruang untuk melepaskan kekusutan yang bermain di minda. bukan apa. aku rase otak aku penuh dengan kekusutan kerana terlalu memikirkan kehidupan.

sakit,kosong.

jiwa dan hati aku sakit. sakit dek kerana kerakusan sesetengah manusia yang kadangkala hanya mementingkan diri sendiri. tanpa memikirkan perasaan ,jiwa dan hati di sekeliling mereka. dan mangsanya adalah aku. aku adalah mangsa. mangsa dek kerakusan manusia yang kadangkala tidak mempunyai hati. kosong. otak aku kosong. kosong dan aku masih tidak mampu untuk menemukan jalan keluar. kemana? mana? mana arah yang seharusnya ku tuju. ke situ? atau kesana?

....................................

hari ini aku tak bermaya. segalanya kosong. pandanganku kelam. bukan aku berangan. tapi aku sedang memikirkan kehidupan masa akan datang. keserabutan dengan kesibukan manusia mengejar keinginan hati mereka. sampai bila.? semua tu,tuhan yang tentukan. aku,hanya mampu berdiri di tengah tengah ,menyaksikan kehidupan,serata kesibukan mereka mengejar keinginan yang mereka inginkan....

.pasrah.
aku bukan mengarut. ini datang dari hati. datang dari naluriku sendiri. bukan apa,
manusia semestinya memerlukan ruang untuk bersendiri.
dan ruang aku,ade disini.
untuk kalian,yang setai menemaniku disini,sudah cukup membuatkan aku tidak lagi bersendiri.
.
............
akhir kata,
salam.

9 comments:

  1. dalam hidup kita kene tabah hati~
    sesekali kita lemah x bermaksud selamanya kita lemah~
    org yg mampu mengakui kelemahan sendiri itulah sebenar2nya org yang kuat~
    so tabah hati ye syg~
    semua terletak di tanganNya~
    sabar~

    ReplyDelete
  2. heee...salam mlm..:).suka baca entry awk..!.ayat awk memg meletop pom pam pom pam..!!.heee....

    ReplyDelete
  3. kamar:: thank dear :) i'll and always tabah :)

    haziem:: kalau meletup,habeslah blog nih,musnah. hehe

    ReplyDelete
  4. oke lah ni. tapi pada pendapat aku,kalau nak menulis lebih baik guna bahasa baku. contoh, ape=apa.

    tu pendapat aku lah. pergi komen kat post aku pulak. ekekekek

    ReplyDelete
  5. ini bukan nak buat cerita. tapi dari hati yang cuba berkata kata :)

    ReplyDelete
  6. be strong. mmg lumrah stiap org dgn kpntingan masing2. jgn smpy diri sndiri sama paras dgn golongan tu.

    life is full of laughter. carik ssuatu yg blh isi klapangan. lbih baik dr bkurung dlm sunyi.

    ReplyDelete
  7. i'll and always strong :) thank much,dear

    ReplyDelete
  8. jangan bersedih macam nihh . tenangkan fikiran eahh . nice entry (:

    ReplyDelete
  9. OH! THANK :) bukan sedih,tapi luahan

    ReplyDelete

komen yang indah-indah sahaja :)