Tuesday, September 20, 2011

KAU, PELAKON HEBAT!

p/s: mungkin ramai yang tak setuju dengan aku. tapi, ingat aku kesah? kita ada hak untuk kemukakan pendapat masing-masing kan? :) so, just chill!

..........................................................


****************************

     Dalam dunia ni, manusia boleh diibaratkan sebagai pelakon-pelakon hebat! kalau dekat dalam tb, semua tu konon-nya pelakon pelakon yang diiktiraf sebagai pelakon . . kalau masuk tb, belakon dalam drama, tak pun nak lagi hot, belakon dalam filem, tu pelakon lah tu. pegang watak apa sahaja. baik lah, jahat lah, kaya lah. eh banyak lagi lah. even, dia cuma belakon, pegang watak kecik, pelakon tambahan. tapi, dah heboh, dah kecoh, konon pelakon. masuk tb la katakan. ye tak?

    Nak lagi hebat, pelakon pelakon yang dapat anugerah. anugerah pelakon terbaik lah, eh macam macam anugerah lah . hebat, famous, popular, semua orang kenal. 

    Tapi, tu dalam tb bro, sekarang aku, nak cite pasal realiti. realiti hidup dekat dunia ni. manusia yang hidup dekat atas muka bumi ni semua pelakon. antara hebat dengan tak je. nak contoh dekat, tengok diri sendiri. tiap-tiap hari pun kita jadi pelakon. belakon jadi baik depan cikgu, depan mak ayah, depan pengetua, depan sapa-sapa sahaja lah. bukan aku nak kata kau jahat. tapi, depan orang kenalah kontrol sifat ayu dan macho kan? :) see? itu realiti. 

   macam yang aku cakap tadi, (okei taip, bukan cakap) bumi ni ibarat pentas dunia. manusia pulak di-ibaratkan sebagai pelakon - pelakon yang memegang watak masing-masing. ada yang belakon jadi baik, dan sebaliknya,. ada yang belakon jadi kaya raya, dan jugak sebaliknya. yang jadi penonton, pulak DIA , si-pencipta manusia-manusia dan semua makhluk ciptaan-nya. dan manusia, berjaya melakonkan watak masing masing dengan baik. hebat . berkesan . kan?

   aku pendekkan sikit isi dalam otak aku ni. orang yang bagi ceramah dekat atas pentas, pun boleh dikategorikan sebagai pelakon jugak. eh, aku bagi contoh paling dekat, kau tengok je berita, mesti ada kan menteri menteri duk bercakap bagi ucapan. ayat berbunga bunga . yang baik baik belaka. manis manis semua. lepas habis, semua tepuk tangan. kejap. yang dia cakap, semua yang baik baik, yang buruk? simpan, sorok sorok . takkan nak tunjuk. eh, tu pun belakon jugak tu.

   banyak lagi contoh yang aku nak bagi, tapi aku penat. kalau nak cerita sekali harung, memang tak-kan habis. kalau nak cerita panjang panjang. nanti orang cakap, aku sembang- sembang kencang!

************************

p/s: aku sekarang dah jarang tengok berita, eh aku menyampah. yang banyak, asyik cerita pasal politik,
ewww?
WTF.

P/SS: apa beza "pelakon" dengan "artis" ?
tolong jangan bagi jawpan sebegini--> beza ejaan. budak-budak tak sekolah pun boleh jawab derr.

9 comments:

  1. ermm politik adalah isu yg sgt2 mmbosankan..

    ermm beza pelakon dgn artis??
    seorang pelakon adalah artis tapi seorang artis tak semestinya pelakon sebab penyanyi, pengacara, penari juga dipanggil artis..
    rasanya lah

    ReplyDelete
  2. xsuka tgk berita jugak sbb politikk yg membuhsankan!!

    beza pelakon dan artis?? ermm pelakon adalah melakonkan artis menyampaikan bentuk nyanyian...maybe! :)

    Klik sini: iPhone 5?? HTC Sensation??Samsung Galaxy S II??

    ReplyDelete
  3. aku xreti nak komen pasal lakonan manusia.

    tp aku pun agak menyampah dgn berita.politik xhabes2.pffftt

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan
    sudah 4low kamu..4low kongsi balik yer

    urm..pada pendpt peribadi admin. "manusia mmg tak ada yang sama..stp org ada kbaikan dan kkrgn msg..sbb tu lah ada manusia yang baik...ada manusia yang jahat". lagipun dah mmg lumrah alam..kalau semua baik..xd lah polis..xd lah penjara..sekadar pndgn peribadi

    ingin kongsi entry. sila paste link entry anda disini. pihak kongsi akan tolong promote kan.
    http://kongsi-apa2-aje.blogspot.com/p/berkongsi-disini.html

    mekasih (^_^)

    ReplyDelete
  5. guwa paling benci bile wujudnye penjilat2 orang atasan.paling fakers

    politik la faktor den tutup tv bile kol 8. hahaha bukak blk kol 8.30 sbb nak tgk berite sukan

    ReplyDelete
  6. hurm :) sesungguhnya manusia kebanyakkan adalah pelakon, bila kita menjadi pelakon di mata Allah SWT, maka kita adalah mereka yang mendekati pada azab Allah. Dunia dan Bumi kita adalah suatu pentas :) hehe..

    nice entry, berita ni best usha bila ada bencana2 jer. lalala~

    ReplyDelete
  7. politik memang membosankan.
    tp kadang2 kite kene amik tau jugak.
    sebab kita lah yang bakal menentukan ngre nie,

    ReplyDelete
  8. beza pelakon ngan retis nie banyak..

    tp kalO persamaan satu jee.. sama2 pantai berlakOn.. pOlitik glamOr.. :)

    ReplyDelete
  9. dunia dan manusia....xkan habis kan..hehe..

    mmg duk ostel jarang tgk tb...so xtau la apa berita lam tb..heheh

    ReplyDelete

komen yang indah-indah sahaja :)